Tuesday, September 10, 2013

Setelah sekian lama..

As Salam,

K.. dah citer pasal delima, nie plak pasal batu serai.. aku nie mmg minat dgn batu permata aka geliga dan teras kayu kayan nie.. minat yg lama aku pendam.. dalam tahun 2012 minat nie kembali membuak.. banyak2 batu, aku suka sgt dgn batu aka permaata aka geliga tarik nie.. mcm2 citer pasal batu @ geliga tarik yg aku dok dengaq.. jadi aku pun mola la gali bab-bab batu tarik nie..

Slalu gak aku dok dengaq pasai khadam batu nie.. Langkah pertama aku g blajaq bab2 perubatan islam nie.. spnjg aku dok blajaq smbl tengok, setau aku yg dok jadi saka nie, ada mcm2 jenis, ada yg saka keturunan, saka perguruan (kes ambil ilmu x btol), saka akibat ilmu sihir, saka akibat hinggapan jin (kes jin berkenan la..), saka akibat dendam jin ke atas manusia.. Nak lebih paham hangpa kena la mengaji.. bukan setakat ngaji bab syariat tapi bab hakikat gak.. yg penting kena paham, kena la letak aqidah pd yg satu na.. jgn smpi tersalah paham, takot hangpa terpesong plak..naya bleh..sekadar memberitahu & memperingati diri sendiri. k dah ckup takat nie.. aku pun bukan pandai sgt.. blajaq takat untuk bantu diri sendiri jer.. .

Masuk bab khadam plak, betoi ka, khadam batu bleh buat itu ini.. bleh jd saka la.. bleh disuruh buat mcm2 gheja.. ehmm.. pada aku la.. yg dok jadi saka nie bila kita dah da perjanjian dgn setan, rasanya ramai yg tau kot, setan nie blh jd dari kalangan jin & manusia.. kan ker setan tu golongan yg mengajak kepada kejahatan.. kira termasuk ler dr kalangan jin & manusia..

Alhamdulillah, dalam dok mengali ilmu bersangkutan, aku berjumpa dengan guru yg mampu menjelaskan dengan baik bab2 khadam & perihal benda2 mistik.. aku rasa ramai yg kluaq sana, tau kot sapa org yg aku maksudkan.. Tok Mat GB.. org nya masih muda.. lbh muda dr aku.. haha.. tp dlm bab ilmu ia tidak mengenal usia.. Guru yg baik dan pada aku org yg sgt berjasa pada diri aku la.. kat org len aku x tau la.. Juga terima kasih pada TMT yg membantu menyelesaikan perkara yg membelenggu aku selama nie.. yang mana da masuk kem, depa tau la.. hehe.. kita simpan pengalaman sama2 kita dah ler..

Perghhh.. melalut pnjg btol.. nak citer pasai batu serai jer pun.. dia nyer topik melalut ntah smpi ke mana..k..

Batu serai nie aku dapat dari seorang blogger gak.. dari perak.. aku pun dah lupa dah.. brg dia pun x banyak.. aku beli sebijik ja.. tapi dpt 'free gift' sebijik.. delima hitam katanya.. batu serai & delima hitam nie, x da la plak aku g buat 'test' ori ker idak.. aku pecaya kat penjual nyer.. simpan sebagai koleksi jer..





1 comment:

  1. Titanium Tail Necklace - Titsanium.com
    The titanium sheet Titsanium.com ceramic vs titanium flat iron Titsanium.com Titsanium.com Titsanium.com Titsanium.com titanium boiling point Titsanium.com Titsanium.com Titsanium.com Titsanium.com. Titsanium.com. Titsanium.com. guy tang titanium toner Titsanium.com. Titsanium.com. Titsanium. can titanium rings be resized

    ReplyDelete